PERUTUSAN KHAS YB SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SABAH

PERUTUSAN

YB. SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Sebagai jentera pentadbiran utama kerajaan, perkhidmatan awam akan sentiasa menghadapi pelbagai cabaran dalam mendukung dan menjayakan dasar-dasar dan aspirasi kerajaan. Ini termasuklah pelaksanaan dasar-dasar kerajaan serta program-program pembangunan. Bagi menangani cabaran tersebut, semua agensi dan penjawat awam negeri hendaklah bersama-sama mengamalkan sikap sentiasa berusaha, gigih, membudayakan kualiti dan produktiviti tinggi, kreatif dan inovatif dengan ditunjangi oleh nilai-nilai integriti.

Komitmen seluruh penjawat awam negeri adalah dituntut bagi memastikan kelancaran dan kejayaan pelaksanaan setiap dasar yang ditetapkan. Semoga para penjawat awam negeri akan sentiasa konsisten dengan prestasi yang cemerlang demi kesejahteraan rakyat keseluruhannya.

Penyediaan laman web ini diharap mampu menjadi medium untuk merapatkan hubungan antara rakyat dan kerajaan seiring perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi ke atas segenap aspek kehidupan. Adalah diharapkan penyediaan laman web ini akan menjadi pintu maklumat bagi memudahkan semua lapisan masyarakat mendekati kerajaan melalui perkongsian aktiviti, teks ucapan dan keratan akhbar Setiausaha Kerajaan Negeri.

Selamat melayari laman web Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah.

Salam hormat.

(DATUK HAJI HASHIM PAIJAN)